Thursday, March 8, 2012

Hari Kerjaya & Anugerah Pelajar 2012,


Sempena hari kerjaya KTT ke 15 Tahun sebanyak 15 IPTA & IPTS mengikuti aktiviti karnival kerjaya  ini dengan kehadiran UPM, UiTM, UKM, UTM, Kolej Shah Putra, PTPTL dan beberapa lagi IPT yang membuat pameran pendidikan yang di tawarkan oleh IPT mereka.

Di sini pelajar berpeluang mengetahui lebih lanjut program yang di tawarkan dan kerjaya selepas mengikuti pengajian tersebut. Aktiviti ini dijalankan setiap tahun dan tahun ini merupakan tahun ke 15 KTT menganjurkan program tersebut dan sambutan begitu menggalakkan dikalangan pelajar.

Selain itu turut di jalankan Penyampaian Anugerah kepada pelajar cemerlang yang mendapat Anugerah Pengarah, Anugerah Dekan & Anugerah Pengerusi. Antara pelajar yang mendapat anugerah tersebut ialah dikalangan Program UiTM, UPM & Program KTT. Pelajar yang berjaya diberikan sijil dan wang tunai RM50 ke RM100 bagi setiap penerima anugerah. KTT mengucapkan setinggi - tinggi tahniah pada yang berjaya dan kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.

Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
( DAFTAR ONLINE )