Tuesday, March 15, 2016

Pelajar Terbaik Program UPM






Mohd Haffiz Bin Kamaruddin  Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peringkat Diploma UPM - IPTS

Beliau merupakan pelajar Diploma Pembangunan Manusia (UPM-KTT) telah menerima anugerah pelajar terbaik Keseluruhan UPM-IPTS. Berasal dari keluarga yang sederhana dan mempunyai semangat ingin berjaya seperti insan lain. Kegagalan ke IPTA selepas SPM bukan bermakna impiannya akan berkubur namun kebijaksanaan beliau memilih haluan ke Kolej Teknologi Timur dengan memilih Program Diploma Pembangunan Manusia usaha sama UPM telah membantu dalam mencapai impian hidup yang di cari. 

Kini beliau  meneruskan momentum kejayaan dengan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia di Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putera Malaysia bagi meneruskan cita – citanya sebagai pensyarah suatu hari nanti. Nasihat beliau kepada adik – adik di luar sana supaya jangan mudah putus asa dalam mencari impian hidup ingin bergelar Mahasiswa walaupun dengan keputusan SPM yang sederhana kerana masih terdapat peluang yang menanti anda mencapai cita – cita. Terima kasih KTT kerana memberi peluang untuk berjaya.
Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
DAFTAR ONLINE

Monday, March 14, 2016

Kolej Teknologi Timur (KTT) 6 Star MyQues

Kolej Teknologi Timur KTT kini bertaraf 6 bintang. Sembilan kolej swasta menerima penarafan enam bintang berdasarkan kategori-kolej melalui Quality Assessment System for Private Colleges Malaysia (MyQuest) 2014/2015.


Kolej-kolej yang menerima pengiktirafan ini ialah:
  • KDU College Pulau Pinang
  • SEGi College Subang Jaya
  • Sunway College Kuala Lumpur
  • Taylor’s College Subang Jaya
  • Ramsay Sime Darby Healthcare College
  • Taylor’s College Sri Hartamas
  • Kolej Teknologi Timur
  • Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT)
  • Stamford Petaling Jaya
MyQuest diadakan dua tahun sekali sejak 2011. Ia adalah satu sistem penilaian dan penarafan untuk mengukur kualiti institusi, program dan amalan di institusi pengajian tinggi swasta dengan status kolej.
Sepanjang penilaian MyQuest 2014/2015, sebanyak 238 daripada 406 kolej telah berdaftar dengan Jabatan Pengajian Tinggi untuk menyertai proses penarafan ini.

Daripada jumlah ini, sebanyak 199 kolej swasta telah dinilai daripada 235 kolej yang diberi merit dan audit.


Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
DAFTAR ONLINE