Monday, February 27, 2012

Festival Sukan KTT ( FESKOTT )









 FESKOTT 2012 kini kembali dengan lebih hebat lagi dengan kehadiran Yang Hormat Datuk Sarit Pengerusi KTT dan semua Ahli Lembaga Pengarah KTT. Kali ini FESKOTT lebih meriah disambut sempena 15 tahun kewujudan KTT dan begitu mendapat sambutan yang luar biasa dengan penglibatan pelajar pada setiap perlawanan yang di pertandingkan.
                                                                               Sukan yang dipertandingkan ialah Futsal, Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar dan berbagai lagi. Majlis penutup dijalankan di Komplek Sukan Stadium Bandar Baru Salak Tinggi. 








Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
( DAFTAR ONLINE ) 

Wednesday, February 15, 2012

Program Motivasi Kerjaya Pelajar Semester Akhir DPP.





Program Motivasi Kerjaya Pelajar Semester Akhir Dip. Pengurusan Perniagaan (DPP).








Program ini di jalankan di Dewan Utama KTT dengan dihadiri 45 pelajar semester akhir Dip. Pengurusan Perniagaan. Bagi memastikan pelajar mendapat peluang pekerjaan dan bijak memilih kerjaya aktiviti ini dapat membantu mereka merancang kerjaya bila berada di alam pekerjaan nanti.
     Bagi memastikan mendapat pekerjaan yang baik pelajar perlu bijak memilih haluan dan peluang yang terbuka di hadapan mereka. Ilmu yang dimiliki perlu di gunakan dan buktikan kemampuan anda pada majikan dan pasti kejayaan milik anda. Bagi yang memilih untuk meneruskan pengajian syabas untuk anda kerana punyai minat mencari ilmu dan percayalah hanya ilmu saja yang dapat mengubah hidup anda.
    Kami para pendidik hanya membantu dan memberi ilmu kepada anda untuk mengubah kehidupan dan hanya kejayaan anda yang kami perlukan buat semangat membela anak bangsa. Tahniah dan syabas kepada pelajar semester akhir program DPP. 

Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
DAFTAR ONLINE

Sunday, February 12, 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012

Karnival Jom Masuk U anjuran KPT yang bermula di Terengganu, Kedah, Sabah, Pulai Pinang, Kelantan, N.Sembilan, Sarawak, Perak dan akan berakhir di Johor pada 24 & 25 Mac 2012. Karnival ini mendapat sambutan yang luar biasa dari pelajar lepasan SPM 2011. Kepada anda yang inginkan maklumat semasa Karnival Jom Masuk U boleh ikuti di http://www.facebook.com/pages/INFO-IPTA-IPTS

Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
DAFTAR ONLINE