Tuesday, October 30, 2018

7 Pelajar UiTM - Kolej Teknologi Timur Terima Anugerah Naib Canselor


Kolej Teknologi Timur sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dengan 7 pelajar program Usahasama UiTM merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC ) di Istiadat Konvokesyen UiTM ke - 89.

Siapa sangka keputusan memilih Kolej Teknologi Timur untuk menyambung pengajian di peringkat diploma yang pada awalnya bukanlah pilihan PERTAMA berubah menjadi detik penting perjalanan baru bagi 7 pelajar ini melakar sejarah. Bantuan dan penerangan En Hilmy (kaunselor KTT) dalam membantu membawa mereka ke Kolej pilihan terbaik ternyata menjadikan impian menjadi kenyataan malah lebih membanggakan.  

Sepanjang 5 semester, masing-masing tidak kenal erti putus asa. Doa dan sokongan ibu bapa, didikan tanpa jemu para pensyarah maka 7 pelajar ini berjaya memperolehi ANUGERAH DEKAN pada SETIAP semester sekaligus merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC) di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-89. 
.
TAHNIAH KTT ucapkan buat 7 graduan ini. Semoga anda semua terus berjaya dan mampu melakar lebih banyak sejarah.
.
7 graduan tersebut merupakan graduan program diploma UiTM yang dijalankan di Kolej Teknologi Timur (Program Usahasama UiTM-KTT).
.
5 graduan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BM118)
1 graduan Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
1 graduan Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Fesyen)

Masih tercari-cari tempat menyambung pengajian???

Insentif Pendidikan (Biasiswa) sebanyak 50% yuran pengajian disediakan bagi yang layak.

Hubungi segera: 019 328 2843 atau terus daftar online di www.myktt.blogspot.com


Saturday, April 14, 2018

Dua Pelajar Kolej Teknologi Timur Terima Anugerah Naib Canselor



Kolej Teknologi Timur mencipta sejarah lagi dengan 2 pelajar mendapat Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen ke 88 UiTM Shah Alam. 


Mazatul Faizieana Abd Rahman merupakan pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di anugerahkan Anugerah Naib Canselor pada istiadat ini. Beliau merupakan pelajar Kolej Teknologi Timur yang cemerlang setiap semester. 

Beliau mengucakpan rubuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu dalam kejayaan dan tidak lupa juga kepada En Hilmy yang memberi jalan petunjuk untuk berjaya di Kolej Teknologi Timur. 


Nur Aqila merupakan graduan ke 2 pelajar Kolej Teknologi Timur merangkul anugerah ANC, Beliau merupakan pelajar Diploma Seni Lukis Seni Reka (Grafik Media Digital ) yang cemerlang sepanjang pengajian di Kolej Teknologi Timur, 

Bersama beliau ialah En Kamsam Pensyarah yang turut serta meraikan kejayaan anak muridnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan - rakan yang turut sama membantu kejayaan ini dan tidak lupa kepada En Hilmy yang memberikan nasihat terbaik dalam memilih program sehingga beliau mencapai kejayaan ini. 

Anda yang berminat mendapatkan nasihat halatuju pendidikan boleh hubungi En Hilmy 0193282843.

Friday, April 13, 2018

Program ' Medical Talk' & 'Motivasi Talk'


Seramai 50 pelajar A - Level  bersama pensyarah mengikuti program ' Medical Talk' & 'Motivasi Talk' yang diadakan di Auditorium Kolej Teknologi Timur Kampus Sepang.

Pelajar diberikan pendedahan berkaitan perubatan dan masa depan dalam dunia Sains Perubatan Program Motivasi bagi memastikan pelajar terus bersemangat dalam pelajaran demi mencapai cita - cita sebagai Doktor nanti.

Monday, April 9, 2018

Pendaftaran Pelajar Baru 2018


Seramai 125 pelajar baru mendaftar di Kolej Teknologi Timur pada hari ini diiringi ibu bapa dan keluarga hadir sama. Ini merupakan pengambilan ke 2 selepas pengambilan pertama pada 2 April lepas. 


Kesemua pelajar yang hadir mendaftar pada hari ini ialah terdiri dari pelajar program Diploma Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. Mereka akan mengikuti program khas Bahasa Inggeris selama 2 bulan. 

Menariknya program ini diberikan secara percuma sebagai persiapan pelajar sebelum mengikuti Program Diploma nanti. Jika anda berminat untuk mengikuti Kursus Bahasa Inggeris ini boleh mengubungi pegawai kami iaitu En Hilmy 0193282843 yang sedia membantu anda.