Monday, December 18, 2017

KTT Pertahankan MyQuest 6 STARS Bagi Penggal ke 2 2016/2017




MyQUEST ialah sistem penarafan kepada ipts bertaraf kolej. Kolej Teknologi Timur antara 15 kolej mendapat penarafan enam bintang, lima bintang (63 kolej), empat bintang (61 kolej) dan tiga bintang ke bawah, 67 kolej.

Ia adalah antara 206 kolej yang layak diaudit dan diberi penarafan daripada keseluruhan 398 kolej yang berdaftar tahun ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris berkata, kementeriannya akan melakukan penarafan secara tahunan bermula tahun depan bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan tinggi swasta Malaysia.

Monday, November 27, 2017

Kolej Teknologi Timur dapat Top In The World


Tahniah Luqman Hakim b Muhammad Bakaruddin pelajar A-Level Kolej Teknologi Timur kerana menerima Anugerah Top In The World bagi subjek Mathematics dalam  Advanced Subdiary Examinations, June 2017.



Wednesday, November 8, 2017

Pelajar KTT Terima Anugerah Pelajar Cemerlang Universiti Putra Malaysia


Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM – IPTS ke 19 Universiti Putera Malaysia yang diadakan pada 8 November 2017 dengan 250 graduan terdiri dari enam kolej.
Pada Majlis Konvokesyen kali ini menyaksikan dua pelajar Kolej Teknologi Timur menerima dua anugerah iaitu Anugerah Graduan Cemerlang Akademik dan Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan.

Norzuraini Bt Ismail pelajar Program Diploma PembangunanManusia menerima Anugerah Graduan Cemerlang Akademik, manakala Noorhafizah Bt Lasatu menerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan juga dari program Diploma Pembangunan Manusia.

Kedua – dua pelajar ini amat bertuah dan gembira dengan pencapaian mereka dengan merangkul anugerah yang tidak terfikir menjadi miliknya.

“ Saya berterima kasih kepada Pensyarah Kolej Teknologi Timur dalam memberikan ilmu dan saya mencapai anugerah ini. Terima kasih juga kepada En Hilmy Kaunselor Pendidikan Kolej Teknologi Timur kerana memperkenalkan saya Kolej Teknologi Timur untuk saya mencipta impian dalam pendidikan. “ katanya.

Majlis Konvokesyen tersebut dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Putera Malaysia Yang Berbahagia Datin Paduka Dr. Aini bt Ideris dan semua pengarah Kolej Usaha sama.  

Tuesday, May 9, 2017

UiTM Bagi Insentif Bayar 50% Yuran Diploma dan 100 % Pra Diploma.



UiTM kini memberikan Insentif Pendidikan dengan Diskaun 50% Yuran Pengajian. Contoh Jika yuran tersebut RM 2,000 maka RM 1,000 sahaja perlu dibayar pelajar. 

Insentif ini adalah diberikan kepada golongan B40 atau ibu bapa yang menerima BR1M.

Sebanyak 6 program telah dipilih UiTM layak menerima Insentif Pendidikan ini dengan pengambilan bermula Mei 2017 sahaja.


Peluang ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar kerana tiada lagi mana – mana organisasi yang boleh memberikan bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut Sila.

Saturday, April 8, 2017

Karnival Pendidikan MARA


Kolej Teknologi Timur menyertai semua Karnival Pendidikan KPT dan juga MARA di semua lokasi penganjuran. Temui kami dan dapatkan bantuan, panduan dan maklumat ke programpilihan terbaik. 

Bagi yang tidak berkesempatan boleh daftar secara online atau berhubung terus dengan En Hilmy 019 3282843 bagi bantuan dan nasihat ke IPTA secara percuma.

Wednesday, March 22, 2017

Hari Kerjaya Kolej Teknologi Timur



Kolej Teknologi Timur telah mengadakan Hari Kerjaya pada 22 Mac 2017 yang turut disertai IPTA dan IPTS. Antara IPTA yang hadir ialah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.



Majlis ini juga turut diraikan pelajar cemerlang dengan Anugerah Pelajar Cemerlang yang meliputi semua program. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah pelajar cemerlang.

Tuesday, February 21, 2017

Festival Seni Kolej Teknologi Timur 2017



Festival Seni Kolej Teknologi Timur telah bermula pada 20 Februari dari jam 8.30 malam. Program ini dirasmikan oleh En. Razib selaku Timbalan Ketua Eksekutf Kolej Teknologi Timur.

Program ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 20 hingga 24 Februari yang merupakan majlis penutup yang akan dihadiri Datin Seri Datuk Hjh Norayini selaku CEO Kolej Teknologi Timur. 



Thursday, February 16, 2017

Sesi CEO KKB Bersma VC UiTM


Sesi perjumpaan CEO Kolej - kolej Bersekutu UiTM bersama VC UiTM Dato" Dr. Hassan Said telah diadakan di Concorde Hotel Shah Alam. Perjumpaan tersebut turut dihadiri Pengerusi Persatuan - KKB UiTM Datin Seri Datuk Hjh Norayini Ali yang juga CEO Kolej Teknologi Timur KTT. 

Perbincangan lebih menjurus kepada halatuju KKB dalam mempertingkatkan usahasama program UiTM. 

Thursday, February 2, 2017

Penyampaian Cek Takaful Arwah Asri Azam

Penyampaian Cek Takaful di sampaikan oleh Datin Seri Datuk Hjh. Norayini Ali CEO KTT kepada ibu arwah Asri Azam yang telah kembali kerahmatullah pada tahun lepas. Asri Azam merupakan pensyarah KTT dan berkhdmat lebih 2 tahun dengan KTT.

Turut serta En Hilmy, Selaku Presiden Staff Club KTT dan beberapa wakil pengurusan . Warga KTT mendoakan semoga keluarga beliau tabah dan arwah dirahmati allah Insyaallah.