Saturday, April 14, 2018

Dua Pelajar Kolej Teknologi Timur Terima Anugerah Naib Canselor



Kolej Teknologi Timur mencipta sejarah lagi dengan 2 pelajar mendapat Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen ke 88 UiTM Shah Alam. 


Mazatul Faizieana Abd Rahman merupakan pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di anugerahkan Anugerah Naib Canselor pada istiadat ini. Beliau merupakan pelajar Kolej Teknologi Timur yang cemerlang setiap semester. 

Beliau mengucakpan rubuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu dalam kejayaan dan tidak lupa juga kepada En Hilmy yang memberi jalan petunjuk untuk berjaya di Kolej Teknologi Timur. 


Nur Aqila merupakan graduan ke 2 pelajar Kolej Teknologi Timur merangkul anugerah ANC, Beliau merupakan pelajar Diploma Seni Lukis Seni Reka (Grafik Media Digital ) yang cemerlang sepanjang pengajian di Kolej Teknologi Timur, 

Bersama beliau ialah En Kamsam Pensyarah yang turut serta meraikan kejayaan anak muridnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan - rakan yang turut sama membantu kejayaan ini dan tidak lupa kepada En Hilmy yang memberikan nasihat terbaik dalam memilih program sehingga beliau mencapai kejayaan ini. 

Anda yang berminat mendapatkan nasihat halatuju pendidikan boleh hubungi En Hilmy 0193282843.

Friday, April 13, 2018

Program ' Medical Talk' & 'Motivasi Talk'


Seramai 50 pelajar A - Level  bersama pensyarah mengikuti program ' Medical Talk' & 'Motivasi Talk' yang diadakan di Auditorium Kolej Teknologi Timur Kampus Sepang.

Pelajar diberikan pendedahan berkaitan perubatan dan masa depan dalam dunia Sains Perubatan Program Motivasi bagi memastikan pelajar terus bersemangat dalam pelajaran demi mencapai cita - cita sebagai Doktor nanti.

Monday, April 9, 2018

Pendaftaran Pelajar Baru 2018


Seramai 125 pelajar baru mendaftar di Kolej Teknologi Timur pada hari ini diiringi ibu bapa dan keluarga hadir sama. Ini merupakan pengambilan ke 2 selepas pengambilan pertama pada 2 April lepas. 


Kesemua pelajar yang hadir mendaftar pada hari ini ialah terdiri dari pelajar program Diploma Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. Mereka akan mengikuti program khas Bahasa Inggeris selama 2 bulan. 

Menariknya program ini diberikan secara percuma sebagai persiapan pelajar sebelum mengikuti Program Diploma nanti. Jika anda berminat untuk mengikuti Kursus Bahasa Inggeris ini boleh mengubungi pegawai kami iaitu En Hilmy 0193282843 yang sedia membantu anda.