Monday, November 27, 2017

Kolej Teknologi Timur dapat Top In The World


Tahniah Luqman Hakim b Muhammad Bakaruddin pelajar A-Level Kolej Teknologi Timur kerana menerima Anugerah Top In The World bagi subjek Mathematics dalam  Advanced Subdiary Examinations, June 2017.



Wednesday, November 8, 2017

Pelajar KTT Terima Anugerah Pelajar Cemerlang Universiti Putra Malaysia


Majlis Konvokesyen Program Kerjasama UPM – IPTS ke 19 Universiti Putera Malaysia yang diadakan pada 8 November 2017 dengan 250 graduan terdiri dari enam kolej.
Pada Majlis Konvokesyen kali ini menyaksikan dua pelajar Kolej Teknologi Timur menerima dua anugerah iaitu Anugerah Graduan Cemerlang Akademik dan Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan.

Norzuraini Bt Ismail pelajar Program Diploma PembangunanManusia menerima Anugerah Graduan Cemerlang Akademik, manakala Noorhafizah Bt Lasatu menerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan juga dari program Diploma Pembangunan Manusia.

Kedua – dua pelajar ini amat bertuah dan gembira dengan pencapaian mereka dengan merangkul anugerah yang tidak terfikir menjadi miliknya.

“ Saya berterima kasih kepada Pensyarah Kolej Teknologi Timur dalam memberikan ilmu dan saya mencapai anugerah ini. Terima kasih juga kepada En Hilmy Kaunselor Pendidikan Kolej Teknologi Timur kerana memperkenalkan saya Kolej Teknologi Timur untuk saya mencipta impian dalam pendidikan. “ katanya.

Majlis Konvokesyen tersebut dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Putera Malaysia Yang Berbahagia Datin Paduka Dr. Aini bt Ideris dan semua pengarah Kolej Usaha sama.