Wednesday, February 15, 2012

Program Motivasi Kerjaya Pelajar Semester Akhir DPP.





Program Motivasi Kerjaya Pelajar Semester Akhir Dip. Pengurusan Perniagaan (DPP).








Program ini di jalankan di Dewan Utama KTT dengan dihadiri 45 pelajar semester akhir Dip. Pengurusan Perniagaan. Bagi memastikan pelajar mendapat peluang pekerjaan dan bijak memilih kerjaya aktiviti ini dapat membantu mereka merancang kerjaya bila berada di alam pekerjaan nanti.
     Bagi memastikan mendapat pekerjaan yang baik pelajar perlu bijak memilih haluan dan peluang yang terbuka di hadapan mereka. Ilmu yang dimiliki perlu di gunakan dan buktikan kemampuan anda pada majikan dan pasti kejayaan milik anda. Bagi yang memilih untuk meneruskan pengajian syabas untuk anda kerana punyai minat mencari ilmu dan percayalah hanya ilmu saja yang dapat mengubah hidup anda.
    Kami para pendidik hanya membantu dan memberi ilmu kepada anda untuk mengubah kehidupan dan hanya kejayaan anda yang kami perlukan buat semangat membela anak bangsa. Tahniah dan syabas kepada pelajar semester akhir program DPP. 

Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
DAFTAR ONLINE

No comments:

Post a Comment