Tuesday, March 15, 2016

Pelajar Terbaik Program UPM






Mohd Haffiz Bin Kamaruddin  Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Peringkat Diploma UPM - IPTS

Beliau merupakan pelajar Diploma Pembangunan Manusia (UPM-KTT) telah menerima anugerah pelajar terbaik Keseluruhan UPM-IPTS. Berasal dari keluarga yang sederhana dan mempunyai semangat ingin berjaya seperti insan lain. Kegagalan ke IPTA selepas SPM bukan bermakna impiannya akan berkubur namun kebijaksanaan beliau memilih haluan ke Kolej Teknologi Timur dengan memilih Program Diploma Pembangunan Manusia usaha sama UPM telah membantu dalam mencapai impian hidup yang di cari. 

Kini beliau  meneruskan momentum kejayaan dengan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia di Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putera Malaysia bagi meneruskan cita – citanya sebagai pensyarah suatu hari nanti. Nasihat beliau kepada adik – adik di luar sana supaya jangan mudah putus asa dalam mencari impian hidup ingin bergelar Mahasiswa walaupun dengan keputusan SPM yang sederhana kerana masih terdapat peluang yang menanti anda mencapai cita – cita. Terima kasih KTT kerana memberi peluang untuk berjaya.
Maklumat Lanjut : Hubungi En. Hilmy  0193282843. 
Bhgn. Pengambilan Pelajar.
DAFTAR ONLINE

No comments:

Post a Comment