Monday, April 9, 2018

Pendaftaran Pelajar Baru 2018


Seramai 125 pelajar baru mendaftar di Kolej Teknologi Timur pada hari ini diiringi ibu bapa dan keluarga hadir sama. Ini merupakan pengambilan ke 2 selepas pengambilan pertama pada 2 April lepas. 


Kesemua pelajar yang hadir mendaftar pada hari ini ialah terdiri dari pelajar program Diploma Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. Mereka akan mengikuti program khas Bahasa Inggeris selama 2 bulan. 

Menariknya program ini diberikan secara percuma sebagai persiapan pelajar sebelum mengikuti Program Diploma nanti. Jika anda berminat untuk mengikuti Kursus Bahasa Inggeris ini boleh mengubungi pegawai kami iaitu En Hilmy 0193282843 yang sedia membantu anda. 

No comments:

Post a Comment